Mahabbah Rasul, Cahaya Kehidupan 
“Mahabbah Rasul bukan sekadar lafaz, tetapi bukti cinta dengan mengamalkan sunnah Baginda ﷺ dalam kehidupan seharian.”
Alhamdulillah, selesai sudah 
Sambutan Maulidur Rasul ﷺ Peringkat Sekolah Rendah Islam Ar Rahmah telah berjaya dilaksanakan pada Jumaat, 12 September 2025 (19 Rabiul Awal 1447H).
Syukur ke hadrat Allah SWT, seluruh warga sekolah dapat bersama-sama menghayati sirah dan menzahirkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada guru-guru, murid, ibu bapa/waris serta pihak yang turut menyumbang dan menjayakan program ini. Semoga segala usaha kita menjadi amal soleh di sisi Allah SWT.